Tanaman Pintar Malaysia


Tanaman Pintar?

Ya Sekarang Kamu Semua Tak Perlu Risau Siram Lagi! 💧🌱

JUM KITA MULA BEREVOLUSI!


Bayangkan ini,

Anda boleh pergi bercuti dengan tenang, tanpa risau pokok cili di laman rumah kering kontang! Atau, jaga kebun sayur yang subur walaupun sibuk bekerja, tanpa perlu susah payah siram setiap hari! 🤔

Mustahil? Itulah keajaiban teknologi IOT dalam pertanian moden! ✨

Melalui sistem yang mudah tapi canggih, IOT boleh membantu petani Malaysia - dan juga hobiists macam kita - untuk menjimatkan masa, tenaga dan sumber, malah meningkatkan hasil tanaman! 

Tapi..

 Macam mana IOT berfungsi dalam pengairan tanaman? 


Mudah je! 
Bayangkan ada "sensor pintar" yang diletakkan di tanah berhampiran akar tanaman. Sensor ni bertindak macam "Doktor Pokok", sentiasa memeriksa tahap kelembapan tanah. Bila tanah kering, sensor akan hantar signal kepada "sistem pengairan pintar" yang akan secara automatik menyiram tanaman dengan jumlah air yang diperlukan. 

Canggih kan? 





DAN bukan setakat siram, IOT juga boleh:

Memantau keadaan tanah:

 Sensor boleh kesan nutrient dalam tanah dan bagi amaran kalau perlu baja!

Kawal suhu & kelembapan: Rumah hijau pintar boleh ubah suhu dan kelembapan secara automatik!

Jimatkan kos: Siram bila perlu sahaja - jimat air dan bil! 

Jadi, tak sabar nak jadi "Petani Pintar"? Nantikan artikel seterusnya untuk belajar lebih lanjut mengenai teknologi IOT dalam pertanian! 

Ulasan